Telefon baru?

Bermula dengan Windows Phone 8

Mempelajari cara menggunakan Windows Phone baru anda sama seperti belajar menunggang basikal—sebaik sahaja anda mempelajarinya, ia akan menjadi bakat semula jadi anda. Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai telefon anda yang akan membantu anda belajar dengan lancar.

  • Daftar masuk dengan akaun Microsoft untuk mengambil kesempatan atas potensi sebenar telefon anda. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh:

    • Muat turun aplikasi, permainan dan muzik dari Gedung Windows Phone.
    • Dapatkan suapan Facebook, Twitter dan LinkedIn anda dalam Hab Kenalan.
    • Gunakan awan untuk memuat naik secara automatik foto dan video anda ke SkyDrive, serta mencipta sandaran tetapan telefon anda.
    • Dapatkan skor pemain dan avatar Xbox anda di telefon anda.
    • Dengar artis kegemaran anda dengan Xbox Music.
  • Apa sahaja yang anda sedang lakukan pada telefon anda, anda boleh membuat panggilan dengan hanya beberapa ketikan.

    Untuk membuat panggilan menggunakan pad kekunci

    1. Pada MulaIkon mula, ketik Telefon Jubin telefon.

    2. Dalam Sejarah, ketik Pad kekunci Ikon pad kekunci, masukkan nombor telefon dan kemudian ketik Panggil.

    Untuk memanggil semula panggilan yang tidak dijawab atau untuk menghubungi seseorang yang anda panggil sebelum ini, cuma ketik Telefon jubin Telefon, kemudian Panggil ikon Telefon bersebelahan nama atau nombor dalam Sejarah.

    Lihat Buat dan terima panggilan telefon untuk mengetahui selanjutnya.

  • Anda boleh menggunakan telefon anda untuk menghantar mesej teks atau membalas mesej teks dengan cepat.

    Untuk menghantar mesej teks

    1. Pada Mula ikon Mula, ketik Pemesejan Jubin pemesejan dan kemudian ketik Baru ikon Tambah.

    2. Masukkan nombor telefon atau kenalan, ketik kotak mesej, taipkan mesej anda dan kemudian ketik Hantar ikon Hantar.

    Untuk membalas mesej teks

    1. Pada Mula ikon Mula, ketik Pemesejan jubin Pemesejan dan kemudian ketik urutan yang mempunyai mesej teks yang anda terima.

    2. Ketik kotak mesej, taipkan respons anda dan kemudian ketik Hantar Ikon hantar.

    Anda juga boleh menggunakan mesej teks untuk berkongsi gambar, video, tapak web, kenalan—mahupun lokasi anda. Untuk mengetahui selanjutnya, lihat Kongsi foto, video dan banyak lagi dalam mesej teks.

  • Terdapat beberapa cara pantas untuk mencipta kenalan.

    Untuk mencipta kenalan baru

    1. Pada Mula Ikon mula, ketik Kenalan Jubin Kenalan.

    2. Kuis ke Semua dan kemudian ketik Baru Ikon Tambah.

    3. Tambahkan maklumat kenalan dan kemudian ketik Simpan ikon Simpan.

    Untuk mencipta kenalan daripada nombor telefon

    1. Pada Mula Ikon mula, ketik Telefon Jubin telefon.

    2. Di bawah Sejarah, ketik nombor telefon kenalan.

    3. Ketik Simpan ikon Simpan > Baru ikon Tambah > Simpan ikon Simpan.

    4. Tambahkan maklumat kenalan dan kemudian ketik Simpan ikon Simpan.

    Lihat Cipta dan edit kenalan saya untuk mengetahui selanjutnya.

  • Gedung Windows Phone padat dengan aplikasi, permainan dan muzik untuk telefon anda. Daftar masuk dengan akaun Microsoft untuk menyemak lalu aplikasi dan permainan percuma dan berbayar atau cuba sebelum anda membeli.

    Untuk membeli daripada telefon anda

    1. Pada Mula ikon Mula, ketik Gedung jubin Pasaran dan kemudian ketik Aplikasi atau Permainan.

    2. Lakukan satu daripada yang berikut:

      • Kuis ke kiri untuk melihat aplikasi popular, semak lalu mengikut kategori dan banyak lagi.
      • Ketik Cari butang Cari untuk mencari aplikasi atau permainan tertentu.

    Lihat Dapatkan aplikasi dari Gedung Windows Phone untuk mengetahui selanjutnya.

  • Untuk melihat aplikasi atau permainan yang telah dibeli, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada Mula ikon Mula, kuis ke kiri kepada senarai Aplikasi untuk mencari aplikasi anda.
    • Pada Mula ikon Mula, ketik Permainan Jubin Permainan untuk mencari permainan anda.
  • Mengepin aplikasi kegemaran anda, kenalan dan banyak lagi ke skrin Mula anda adalah cara yang cepat dan mudah untuk mengikuti perkembangan perkara yang penting buat anda.

    Untuk mengepin aplikasi

    • Dalam senarai Aplikasi, ketik dan tahan aplikasi yang anda mahu pin dan kemudian ketik Pin ke mula.

    Untuk mengepin kenalan atau kumpulan

    1. Pada Mula Butang mula, ketik Kenalan Jubin Kenalan dan kemudian kuis ke Semua.

    2. Lakukan satu daripada yang berikut:

      • Ketik dan tahan kenalan atau Kumpulan yang anda mahu pin dan kemudian ketik Pin ke mula.
      • Ketik pada kenalan atau Kumpulan yang anda mahu pin dan kemudian ketik Pin Ikon pin.

    Untuk mengetahui apa lagi yang boleh dipinkan, lihat Pin bahan ke Mula.

Tell us what you think