Gambar

Ambil gambar atau rakam video

Telefon anda sentiasa bersama anda dan kamera Windows Phone anda sentiasa bersedia—oleh itu, anda tidak akan terlepas tangkapan pertama itu lagi. Berikut adalah asas tentang cara mengambil gambar dan merakam video.

Untuk mengambil gambar

Kali pertama anda menggunakan kamera, anda akan ditanya sama ada anda mahu membenarkannya menggunakan lokasi anda. Jika anda membenarkannya, anda boleh melihat di mana gambar anda telah diambil. Untuk mengetahui selanjutnya, lihat Tambah maklumat lokasi pada gambar saya.

  1. Tekan butang Kamera untuk memulakan kamera. Ini adalah butang yang biasanya ditemui pada sisi yang panjang di telefon anda. (Anda boleh mengambil gambar walaupun telefon anda dikunci atau tidur—cuma tekan terus butang Kamera.)

  2. Pegang telefon dengan stabil, sama ada secara menegak (paparan potret) atau secara mendatar (paparan landskap). Gunakan kawalan zum Kawalan zum dalam pemapar gambar untuk melaraskan tangkapan anda.

    Petua

    • Ketik Seting Ikon seting untuk mengubah berbagai seting yang mungkin telah disertakan oleh pengeluar telefon anda seperti denyar, kecerahan atau resolusi foto. Perubahan yang anda lakukan kepada seting denyar akan disimpan secara automatik untuk kali berikut anda menggunakan kamera. Jika anda mahu menyimpan seting lain yang telah diubah untuk digunakan semula, ketik Simpan seting selepas anda membuat perubahan.
    • Sering mengambil gambar saku anda? Pergi ke Gambar > Lagi Ikon lagi > Seting dan hidupkan Halang kamera daripada dilancarkan secara tidak sengaja semasa telefon dikunci.
  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut untuk mengambil gambar:

    • Tekan butang Kamera separa ke bawah untuk memfokus dan kemudian tekan butang sepenuhnya untuk mengambil gambar. Kaedah ini akan memfokus secara automatik pada apa yang berada di tengah-tengah skrin.
    • Ketik mana-mana titik pada skrin untuk memfokus di tempat itu. Kamera akan memfokus, kemudian mengambil gambar—anda tidak perlu menekan atau mengetik apa-apa.

    Nota

    • Jika dengan mengetik skrin untuk mengambil gambar tidak berfungsi, anda mungkin perlu menghidupkannya dalam Gambar > Lagi Ikon lagi > Seting.
    • Perkakasan telefon anda mungkin tidak menyokong fokus tersuai (keupayaan untuk memfokus pada titik yang anda ketik). Dalam hal ini, kamera akan memfokus di tengah-tengah skrin secara automatik.

    Fokus dihidupkan apabila tanda kurung putih muncul di skrin
    Pemidang tilik kamera dengan fokus dihidupkan

    Petua

    Mengambil gambar di tempat yang sunyi? Anda boleh meredamkan bunyi pengatup. Pada Mula, kuis ke kiri kepada senarai Apl, kemudian ketik Seting > Nada dering + bunyi. Ketik Pengatup kamera untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup. (Pilihan ini mungkin tidak tersedia dalam negara atau rantau anda.)

  4. Gambar disimpan secara automatik dalam album Gulungan Kamera di telefon anda. Anda juga boleh mengeset telefon anda untuk memuat naik gambar anda secara automatik ke SkyDrive. Lihat Kongsi gambar dan video.

    Nota

    Anda tidak boleh memuat naik gambar secara automatik ke SkyDrive jika telefon anda mempunyai 256 MB RAM.

  5. Selepas anda mengambil gambar, lakukan salah satu daripada berikut untuk melihatnya dalam pemapar gambar:

    • Jika anda memegang telefon secara mendatar, kuis ke kanan.
    • Jika anda memegang telefon secara menegak, kuis ke bawah.
  6. Ketik Lagi Ikon lagi (atau ketik dan tahan gambar itu) untuk melihat pilihan seperti menambahnya sebagai kegemaran, menggunakannya sebagai hiasan latar untuk skrin kunci anda dan berkongsi gambar pada rangkaian sosial. Jika anda memasang apl pengeditan gambar, anda boleh menemuinya dalam senarai Apl.

    Gambar menu gambar
    Menu gambar

    Petua

    • Untuk mengezum ke dalam dan ke luar semasa anda melihat gambar, ketik dua kali atau cubit dan regang.
    • Anda juga boleh melihat gambar dan video anda dalam paparan jalur filem. Buka album, ketik pada gambar atau video, cubit seolah-olah mahu mengecilkannya dan kemudian kuis ke kiri atau kanan untuk melihat jalur filem. Cara ini berfungsi paling baik dalam paparan landskap (mendatar).
    • Ada gambar yang sangat istimewa? Tambahkannya pada Kegemaran, kemudian gunakannya untuk memperibadikan telefon anda. Ketahui caranya dalam Kegemaran dalam Hab Gambar.

Untuk auto baiki gambar

Auto baiki menggunakan secara automatik beberapa pembaikan fotografi yang paling lazim—pendedahan, suhu warna dan pelarasan bayang/serlahan—dalam cara yang telah disesuaikan untuk setiap gambar.

  1. Pada Mula, ketik Gambar.

  2. Cari gambar yang anda ingin baiki dan ketik untuk membukanya.

  3. Ketik Lagi Ikon lagi > Auto baiki.

  4. Jika anda mahu membatalkan perubahan, ketik Buat asal pembaikan Ikon buat asal pembaikan.

  5. Ketik Simpan Ikon simpan.

    Petua

    Selepas anda menyegerakkan gambar anda ke komputer anda, anda boleh mengeditnya menggunakan Windows Live Photo Gallery, program pengeditan foto yang anda boleh muat turun secara percuma.

Untuk merakam video

  1. Tekan butang Kamera untuk memulakan kamera. Butang ini biasanya ditemui pada sisi yang panjang di telefon anda. (Anda boleh merakam video walaupun telefon anda dikunci atau tidur—cuma tekan terus butang Kamera.)

  2. Ketik Mod video Ikon mod kamera untuk bertukar ke mod video—ikon akan berubah kepada hitam ke putih Ikon kamera video dan anda akan melihat pembilang video pada skrin. Pegang telefon dengan stabil, sama ada secara menegak (paparan potret) atau secara mendatar (paparan landskap).

    Petua

    • Cara terbaik untuk merakam dan melihat video adalah dengan memegang telefon dalam paparan landskap.
    • Ketik SetingIkon seting untuk mengubah berbagai seting yang mungkin telah disertakan oleh pengeluar telefon anda. Jika anda mahu menyimpan seting yang telah diubah untuk digunakan semula, ketik Simpan seting selepas anda membuat perubahan. Jika tidak, kamera akan kembali kepada seting lalai kali berikut anda menggunakannya.
  3. Lakukan satu daripada yang berikut:

    • Tekan butang Kamera untuk memulakan rakaman. Tekan butang Kamera sekali lagi untuk menghentikan rakaman.
    • Ketik skrin untuk memulakan rakaman. Ketik skrin sekali lagi untuk menghentikan rakaman.
  4. Video disimpan secara automatik dalam album Gulungan kamera di telefon anda.

    Lakaran kecil video dalam Gulungan kamera
    Lakaran kecil video dalam Gulungan kamera
  5. Selepas anda merakam video, lakukan salah satu daripada berikut untuk memainkannya dalam pemapar video:

    • Jika anda memegang telefon secara mendatar, kuis ke kanan.
    • Jika anda memegang telefon secara menegak, kuis ke bawah.
    Pemapar video
    Pemapar video
  6. Untuk melihat pilihan video seperti perkongsian, ketik Lagi Ikon lagi (atau ketik dan tahan video).

Nota

Jika Windows Phone anda mempunyai 256 MB RAM atau lebih tinggi dan pengeluar anda telah menambah pilihan itu, anda boleh merakam dan memainkan video HD (1280x720 resolusi definisi tinggi). Untuk memainkan video HD pada telefon anda, video itu dikecilkan kepada resolusi 800x450 untuk dimuatkan pada skrin. Jika anda menyambungkan telefon anda kepada komputer anda dan menyalin video padanya, anda boleh memainkan video HD dalam resolusi penuhnya 1280x720.

Petua

  • Untuk mencari video yang anda rakamkan pada telefon anda dan menyegerakkan dengan komputer anda, buka perisian Zune dan kemudian klik Koleksi > Video.
  • Jika anda mahu memadamkan gambar atau video yang banyak, atau jika anda mahu menyimpannya pada komputer anda, anda boleh menjimatkan masa dengan menyambungkan telefon kepada komputer anda dan menggunakan perisian Zune untuk melakukan kerja-kerja berat untuk anda. Untuk mengetahui selanjutnya tentang menyegerak, lihat Segerak muzik, gambar dan video.

Topik berkaitan

Tell us what you think